LAMPIRAN
Posts
Showing posts from October, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
SUMBER RUJUKAN https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-kurma-dan-kesan-sampingan/ https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-kurma-pada-kesihatan-yang-perlu-anda-tahu/ http://mamiraysha.blogspot.com/2010/08/khasiat-buah-kurma-menurut-al-quran-dan.html https://lindungihutan.com/blog/pohon-kurma/ https://www.myhomestay4u.net/2021/03/ciri-ciri-5-jenis-kurma-yang-menjadi.html https://www.ilmualquran.com/2015/09/ayat-ayat-tentang-buah-kurma-di-al-quran.html http://doknorm.blogspot.com/2014/07/kelebihan-buah-kurma-kepada-kesihatan.html https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3898-irsyad-al-fatwa-siri-ke-347-fadilat-memakan-tujuh-biji-kurma-adakah-khusus-buat-kurma-ajwah-madinah-sahaja-atau-umum-buat-semua-jenis-kurma
- Get link
- X
- Other Apps
KESIMPULAN Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W hendaklah menjadikan Rasulullah S.A.W itu sebagai model, contoh dengan mengikut sunnah nabi iaitu bijak dalam memilih pemakanan. Ini merupakan punca mempengaruhi kesihatan kita juga. Selain itu, banyak kelebihan dan pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dan mengubah ke arah kebaikan bersama terhadap ayat al quran dan hadith. Seterusnya, kurma mempunyai pelbagai jenis, pelbagai rasa, itu tidak menjadi masalah untuk kita mengamalkan dalam kehidupan harian kita. Tetapi, pengambilan kurma tidak juga boleh diambil secara berlebihan kerana boleh memberi kesan sampingan kerana tinggi karbohidrat dan gula.
- Get link
- X
- Other Apps
KESAN SAMPINGAN KURMA 1. Tinggi karbohidrat Ini adalah kerana secawan kurma mempunyai kandungan karbohidrat sebanyak 110 gram manakala keperluan karbohidrat anda hanya berkisar antara 300-400 gram per harinya. Dengan mengambil satu cup kurma anda sudah memenuhi kira-kira 30% keperluan karbohidrat anda dalam sehari . 2. Tinggi gula Dalam 100 gram kurma terkandung gula sebanyak 66 gram. Ini melebihi had pengambilan gula yang dianjurkan iaitu 4 sudu makan setiap hari atau bersamaan dengan 50 gram. Pengambilan gula yang terlalu tinggi tentunya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, salah satunya adalah kegemukan. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak pada tubuh sehingga meningkatkan risiko penyakit degeneratif seperti misalnya kencing manis,jantung, dan strok. Jika anda cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak sewaktu berbuka puasa, anda mungkin ingin mengurangkan pengambilan kurma sebelum makan. Jika anda mengambil kurma untuk berbuka puasa, maka perhatikan
- Get link
- X
- Other Apps
KHASIAT KURMA PADA KESIHATAN 1. Sumber tenaga yang bagus dan cepat Kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang merangkumi sehingga 70% daripada buah kurma tersebut. Sesuai untuk diambil setelah bersenam atau ketika badan terasa letih bagi mengembalikan semula tenaga yang telah hilang dan menguatkan kembali badan. Jadi, tidak hairanlah ia bagus untuk diambil oleh para atlet atau bagi umat Islam ketika berbuka puasa setelah seharian berpuasa. 2. Memudahkan proses bersalin Kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan ( induce labour ) berbanding tidak mengambil kurma. Kurma dapat membantu proses bersalin kerana komponen yang ada di dalamnya yang boleh mengikat reseptor oksitosin dan meniru fungsi oksitosin yang menyebabkan kontraksi semasa bersalin seterusnya memudahkan proses melahirkan anak. 3. Berpotensi mencegah kanser Ekstrak kurma Ajwa berpotensi menghalang pembentuka
- Get link
- X
- Other Apps
KHASIAT BUAH KURMA MENURUT ISLAM & KAJIAN SAINS 1. MENURUT ISLAM - Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w bersabda “Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir.” - “Daripada Aisyah bahawa rasulullah s a w. bersabda yang bermaksud: kurma Ajwah berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." (riwayat al-Tirmizi) - Rasulullah juga pernah bersabda Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar. - Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia suci.” (Riwayat al-Tirmizi) 2.
- Get link
- X
- Other Apps
KURMA YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN Kurma & Kelebihan Pekerja sedang berehat di bawah pohon kurma Sumber Al-Quran وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ( Surah Al-An'aam : ayat 141 ) Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
- Get link
- X
- Other Apps
5 JENIS KURMA YANG MENJADI PILIHAN MALAYSIA 1) Kurma Ajwa Juga dikenali sebagai Kurma Nabi. Ditanam di Madinah, Arab Saudi. Kurma berwarna hitam, rasanya manis dengan rasa buah yang segar. Kurma ini bersaiz sederhana tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut. Kurma ini juga dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W berikutan terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang kurma ini. Kurma ini hanya sesuai di tanam di rantau Tanah haram Madinah sahaja . 2) Kurma Mabroom Kebanyakan Kurma Mabroom di tanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Kurma Mabroom mempunyai bentuk panjang dan kurus. Kurma Mabroom adalah jenis kurma kering dan lembut (sama dengan Kurma Ajwa). Mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat gelap. Kurma Mabroom tidak begitu manis tetapi mempunyai rasa yang unik dan isi yang kenyal. Kurma Mabroom ini tergolong dalam kelas premium dan harganya sedikit tinggi. 3) Kurma Mariami Kurma Mariami juga dikenali sebagai Kurma Piarom atau
- Get link
- X
- Other Apps
SEJARAH & ASAL USUL TANAMAN KURMA Tanaman kurma merupakan tanaman yang pernah ditanam oleh Rasulullah S.A.W dengan tangannya sendiri yang mulia. Tanaman kurma juga merupakan tanaman pertama yang dikenali oleh manusia. Meskipun demikian, para pakar sejarah saling berbeza pendapat tentang asal mula tanaman ini. Seorang ilmuwan Itali yang bernama Edward Vieri berpendapat, bahawa tempat kemunculan pokok kurma adalah sekitar negara Arab Teluk. Hal itu dibuktikan terdapatnya di daerah tersebut jenis pokok yang tidak boleh hidup kecuali di daerah-daerah sub tropis yang jarang turun hujan. Akar pokok tersebut sangat memerlukan kadar garam yang tinggi. Sifat-sifat iklim ini hanya ada di daerah-daerah yang terletak di sebelah barat India dan Selatan Iran, khususnya di sekitar pesisir Teluk Arab. Pendapat yang lain mengatakan, bahawa pokok kurma pertama di temukan di sekitar kota Babil yang umurnya berusia sekitar 4000 tahun sebelum masihi. Pohon kurma bernama ‘Latin Phoenix dactylifera’
- Get link
- X
- Other Apps
HUKUM ISLAM Pandangan ulama kontemporari Syeikh Ibn Baz pernah menyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan memakan kurma sebanyak tujuh biji adalah merupakan salah satu cara rawatan. Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.” Dalam riwayat lain dengan lafaz : “ yang ditanam antara dua bebatuan hitam” iaitu kurma Madinah keseluruhannya. Dan diharapkan kurma-kurma lain (selain Madinah) termasuk juga di dalam fadilat tersebut iaitu mudah-mudahan Allah akan memberi manfaat buat pengamalnya, yang memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi (sekalipun bukan kurma Madinah). [Lihat : Fatwa Nur ‘ala al-Darb (3/297)] Syeikh Ibn Soleh al-Uthaimin menyatakan bahawa hadis tersebut sahih akan tetapi berbeza pada lafaz-lafaz yang mengikatnya (mengkhususkannya) sebagaimana yag terdapat dalam sesetengah riwayat. Ada lafaz yang mengikatnya dengan kurma Ajwah. Dan ada yang mengikatnya deng
- Get link
- X
- Other Apps
CIRI-CIRI POHON KURMA Bentuk dari pohon kurma sangat unik. Pohon ini mampu tumbuh mencapai ketinggian sekitar 15 hingga 25 meter. Umumnya pohon kurma akan tumbuh membentuk rumpun dengan sejumlah batang pada suatu sistem dari akar tunggal. Inilah sebabnya tanaman ini bisa disebut sebagai pohon dengan pertumbuhan tunggal . Berikut ini ciri-ciri morfologis pohon kurma diantaranya yaitu: A. Akar Pohon kurma memiliki jenis akar tunggang yang unik. Bagian tengah akar kurma menghujam tanah secara lurus hingga kedalaman 7 m. Pohon ini membutuhkan banyak air, sehingga pohon kurma beradaptasi dengan mengembangkan akar akan berusaha keras untuk mengikat banyak air. Bentuk perakaran pohon kurma ini membantu untuk melestarikan lingkungan dan memelihara ketersediaan serta kualitas air di dalam tanah. Dengan menanam pohon kurma, yang sebenarnya bisa tumbuh di Indonesia dengan cukup mudah, diharapkan agar kemampuan tanah dalam menyerap dan menampung air tawar akan meningkat. B. Batang Tanaman ku
- Get link
- X
- Other Apps
PENDAHULUAN Apa itu buah kurma ? Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga. Antara kurma yang terkenal ialan kurma Mekkah dan Madinah yang dikatak
- Get link
- X
- Other Apps
KATA ALUAN Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, kami dapat diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata tentang tajuk yang ingin saya kongsikan. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang menguasai Hari Pembalasan, hanya pada-Mu kami sembah dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan pula jalan yang engkau murkai dan jalan orang-orang yang sesat. Seterusnya, salam jutaan terima kasih kepada Puan Wan Zamilah Binti Wan Ibrahim selaku pensyarah sains teknologi & kejuruteraan islam, di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami berkumpulan dalam proses penyiapan tugasan yang kami jalankan. Akhir kata, kami mendoakan kesejahteraan dan terus bersama-sama menjayakan agenda perkongsian ilmu pengetahuan berkenaan isu me
- Get link
- X
- Other Apps
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT KATA ALUAN...................................................................................................... 1 PENDAHULUAN................................................................................................. 2 DEFINISI.............................................................................................................. 3 KESIMPULAN..................................................................................................... 4 SUMBER RUJUKAN........................................................................................... 5 LAMPIRAN ........................................................................................................ 6