KESAN SAMPINGAN KURMA


1. Tinggi karbohidrat

  • Ini adalah kerana secawan kurma mempunyai kandungan karbohidrat sebanyak 110 gram manakala keperluan karbohidrat anda hanya berkisar antara 300-400 gram per harinya. Dengan mengambil satu cup kurma anda sudah memenuhi kira-kira 30% keperluan karbohidrat anda dalam sehari.



2. Tinggi gula

  • Dalam 100 gram kurma terkandung gula sebanyak 66 gram. Ini melebihi had pengambilan gula yang dianjurkan iaitu 4 sudu makan setiap hari atau bersamaan dengan 50 gram. 
  • Pengambilan gula yang terlalu tinggi tentunya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, salah satunya adalah kegemukan. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak pada tubuh sehingga meningkatkan risiko penyakit degeneratif seperti misalnya kencing manis,jantung, dan strok. Jika anda cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak sewaktu berbuka puasa, anda mungkin ingin mengurangkan pengambilan kurma sebelum makan.
  • Jika anda mengambil kurma untuk berbuka puasa, maka perhatikan jumlahnya. Jika anda makan terlalu banyak kurma, anda mungkin ingin mengurangkan hidangan utama anda untuk menjaga keseimbangan pengambilan karbohidrat dan gula anda.

  • Kesimpulannya, manfaat kurma memang ada, tetapi jika diambil berlebihan, kita akan mendapat kesan sampingan.






Comments

Popular posts from this blog