KESIMPULAN Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W hendaklah menjadikan Rasulullah S.A.W itu sebagai model, contoh dengan mengikut sunnah nabi iaitu bijak dalam memilih pemakanan. Ini merupakan punca mempengaruhi kesihatan kita juga. Selain itu, banyak kelebihan dan pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dan mengubah ke arah kebaikan bersama terhadap ayat al quran dan hadith. Seterusnya, kurma mempunyai pelbagai jenis, pelbagai rasa, itu tidak menjadi masalah untuk kita mengamalkan dalam kehidupan harian kita. Tetapi, pengambilan kurma tidak juga boleh diambil secara berlebihan kerana boleh memberi kesan sampingan kerana tinggi karbohidrat dan gula.
KATA ALUAN Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, kami dapat diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata tentang tajuk yang ingin saya kongsikan. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang menguasai Hari Pembalasan, hanya pada-Mu kami sembah dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan pula jalan yang engkau murkai dan jalan orang-orang yang sesat. Seterusnya, salam jutaan terima kasih kepada Puan Wan Zamilah Binti Wan Ibrahim selaku pensyarah sains teknologi & kejuruteraan islam, di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami berkumpulan dalam proses penyiapan tugasan yang kami jalankan. Akhir kata, kami mendoakan kesejahteraan dan terus bersama-sama menjayakan agenda perkongsian ilmu pengetahuan berkenaan isu me
KURMA YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN Kurma & Kelebihan Pekerja sedang berehat di bawah pohon kurma Sumber Al-Quran وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ( Surah Al-An'aam : ayat 141 ) Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
Comments
Post a Comment