SEJARAH & ASAL USUL TANAMAN KURMA



Tanaman kurma merupakan tanaman yang pernah ditanam oleh Rasulullah S.A.W dengan tangannya sendiri yang mulia. Tanaman kurma juga merupakan tanaman pertama yang dikenali oleh manusia. Meskipun demikian, para pakar sejarah saling berbeza pendapat tentang asal mula tanaman ini.
Seorang ilmuwan Itali yang bernama Edward Vieri berpendapat, bahawa tempat kemunculan pokok kurma adalah sekitar negara Arab Teluk. Hal itu dibuktikan terdapatnya di daerah tersebut jenis pokok yang tidak boleh hidup kecuali di daerah-daerah sub tropis yang jarang turun hujan. Akar pokok tersebut sangat memerlukan kadar garam yang tinggi. Sifat-sifat iklim ini hanya ada di daerah-daerah yang terletak di sebelah barat India dan Selatan Iran, khususnya di sekitar pesisir Teluk Arab.
Pendapat yang lain mengatakan, bahawa pokok kurma pertama di temukan di sekitar kota Babil yang umurnya berusia sekitar 4000 tahun sebelum masihi.
Pohon kurma bernama ‘Latin Phoenix dactylifera’ termasuk di dalam keluarga ‘Palmae’ yang sering disebut ‘Date Alm. Pohon ini mempunyai nama yang pelbagai, di Perancis terkenal dengan nama Attier, di Jerman dengan nama Dattel, di Itali dengan nama Datteri atau Dattero, di Sepanyol disebut datil,di Belanda disebut Dadel,di Portugis disebut Tainaradan di timur tengah disebut Tamr ( kurma kering ) serta Ruthab ( kurma basah ).
Buah kurma berbentuk lonjong dengan ukuran 2 sehingga 7.5 cm dengan warna yang pelbagai antara coklat gelap,kemerahan,kuning muda kecoklatan dan berbiji. Tinggi pohon kurma dapat mencecah sehingga 30-35 meter, ada jenis jantan dan jenis betina, dan mulai berbunga setelah 6-16 tahun. Bunga daripada pohon betinanya lebih besar daripada pohon jantan.
Pohon kurma harus mendapatkan sinar matahari yang penuh dan tidak dapat berkembang di bawah naungan. Suhu yang diperlukan oleh pohon kurma untuk tumbuh baik adalah 90`F(32.33`C) dan tidak sering terjadi huja. Tanah yang diperlukan adalah jenis pasir, pasir padat dan liat. Diperlukan pengudaraan dan pengaliran yang bagus, pohon kurma dapat bertoleransi terhadap tanah yang mengandungi usur alkali.
Setelah 8-10 tahun pohon kurma akan mulai berbuah dan dengan demikiam dapat bertahan sehingga 100 tahun. Namun ketika umurnya mencecah 60-80 tahun, buah yang di hasilkan semakin berkurang. Biasanya ketika usianya 13 tahun, satu pohon kurma dapat menghasilkan 60-80kg setahun.
Kononnya buah kurma ini dahulu tumbuh di semenanjung Persia , terutama banyak terdapat di antara sungai Nil dan Eufrat. Pada awal tahun 1950-an negara Irak menjadi penghasil kurma terbesar dunia iaitu sekitar 600,000 tan/tahun.
Seperti inilah gambaran sejarah perkembangan pokok kurma. Pokok ini memiliki sejarah kuno di banyak negara belahan dunia ini. Ini kerana ia merupakan salah satu jenis tanaman yang pertama yang dikenali oleh umat manusia. Meski demikian , ia tetap menjadi salah satu sumber pemakanan barkhasiat bagi sesiapa sahaja, sama ada ia dimakan oleh manusia mahupun binatang ternakan.













Comments

Popular posts from this blog