5 JENIS KURMA YANG MENJADI PILIHAN MALAYSIA


1) Kurma Ajwa

  • Juga dikenali sebagai Kurma Nabi.
  • Ditanam di Madinah, Arab Saudi.
  • Kurma berwarna hitam, rasanya manis dengan rasa buah yang segar.
  • Kurma ini bersaiz sederhana  tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut.
  • Kurma ini juga dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W berikutan terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang kurma ini.
  • Kurma ini hanya sesuai di tanam di rantau Tanah haram Madinah sahaja.


2) Kurma Mabroom

  • Kebanyakan Kurma Mabroom di tanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.
  • Kurma Mabroom mempunyai bentuk panjang dan kurus.
  • Kurma Mabroom adalah jenis kurma kering dan lembut (sama dengan Kurma Ajwa).
  • Mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat gelap.
  • Kurma Mabroom tidak begitu manis tetapi mempunyai rasa yang unik dan isi yang kenyal.
  • Kurma Mabroom ini tergolong dalam kelas premium dan harganya sedikit tinggi.



3) Kurma Mariami

  • Kurma Mariami juga dikenali sebagai Kurma Piarom atau kurma Coklat.
  • Kurma Mariami berwarna Coklat Kehitaman.
  • Kurma ini popular kerana rasa yang manis dan lembut.
  • Selain di Madinah kurma ini juga boleh ditanam di Selatan Iran di kawasan utara Hormozgan.
  • Kurma ini panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam.
  • Pokok kurma ditanam secara organik tanpa rawatan kimia semasa musim tanam



4) Kurma Medjoul

  • Kurma Medjoul berasal dari Timur Tengah (Palestin) dan Afrika Utara.
  • Saiz Kurma Medjoul besar, isinya lebut dan kenyal.
  • Kurma ini kaya dengan rasa manis, serat, serta banyak vitamin dan mineral.
  • Rasa manis yang ada pada buah Kurma Medjoul seakan rasa karamel.
  • Buah Kurma Medjoul juga dikenali sebagai Kurma Berlian.
  • Kulit berwarna kuning gelap sehingga merah-coklat, tekstur berserabut dan mempunyai rasa yang manis .


5) Kurma Safawi

  • Kurma Safawi sebahagian besarnya di tanam di Arab Saudi di rantau Madinah.
  • Jenis kurma yang lembut dan Semi-Kering.
  • Kurma ini dapat dikenali dari warnanya yang hitam mendalam, panjang dan saiznya yang sederhana.
  • Mudah didapati sepanjang tahun berbanding kurma-kurma yang lain.





Comments

Popular posts from this blog