KHASIAT BUAH KURMA MENURUT ISLAM &
KAJIAN SAINS
1. MENURUT ISLAM
- Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w bersabda
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir.”
- “Daripada Aisyah bahawa rasulullah s a w. bersabda yang bermaksud:
kurma Ajwah berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." (riwayat al-Tirmizi)
- Rasulullah juga pernah bersabda
Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
- Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia suci.” (Riwayat al-Tirmizi)
2. MENURUT KAJIAN SAINS
- Buah kurma memiliki manfaat bagi ibu hamil serta janin yang dikandungnya. Hal ini disebabkan kurma mengandungi nutrisi penting bagi kesehatan serta pertumbuhan janin, seperti vitamin, mineral, serat, protein, karbohidrat, dan lainnya. Manfaat buah kurma ini bisa mencegah janin dari beragam masalah kesehatan seperti cacat bawaan lahir, kelahiran prematur, atau terlahir dengan berat badan rendah. Beberapa penelitian juga telah membuktikan bahwa manfaat kurma yang dikonsumsi secara rutin, selain menjaga kesehatan ibu dan janin, juga bisa membantu memperlancar persalinan.
- Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
- Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Selain kurma Ajwa adakah sama khasiatnya
ReplyDeleteada penerangan tentang hukum islam iaitu pandangan ulama, saya sudah kongsikan
DeleteMasya Allah banyak betul khasiat kurma
ReplyDeleteIn shaa allah masih belum terlambat untuk diamalkan
ReplyDeleteKalo ank2 xsihat,bg kurma saja pn ok dh utk bg tenaga kt depa.
ReplyDeleteyah betul
Delete