KHASIAT KURMA PADA KESIHATAN
1. Sumber tenaga yang bagus dan cepat
- Kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang merangkumi sehingga 70% daripada buah kurma tersebut.
- Sesuai untuk diambil setelah bersenam atau ketika badan terasa letih bagi mengembalikan semula tenaga yang telah hilang dan menguatkan kembali badan. Jadi, tidak hairanlah ia bagus untuk diambil oleh para atlet atau bagi umat Islam ketika berbuka puasa setelah seharian berpuasa.
2. Memudahkan proses bersalin
- Kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.
- Kurma dapat membantu proses bersalin kerana komponen yang ada di dalamnya yang boleh mengikat reseptor oksitosin dan meniru fungsi oksitosin yang menyebabkan kontraksi semasa bersalin seterusnya memudahkan proses melahirkan anak.
3. Berpotensi mencegah kanser
- Ekstrak kurma Ajwa berpotensi menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser di organ-organ tersebut. Aktiviti antitumor ini adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan seperti flavonoid, quercetin, steroids dan polifenol yang ada di dalam buah kurma tersebut.
- Dapat dilihat bahawa kurma dapat mencegah penyakit kanser melalui kawalan genetik.
4. Baik untuk sistem penghadaman
- Mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman seperti sembelit. Hal ini kerana kurma juga mengandungi serat di mana terdapat kira-kira 3.57-10.9g serat di dalam 100g kurma. Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya, meningkatkan kadar pergerakan usus dan memudahkan najis untuk melalui usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.
- Baik untuk sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan risiko kanser usus tanpa mengubah mirkroorganisma di dalam usus.
5. Baik untuk fungsi otak
- Kajian makmal mendapati bahawa kurma mempunyai potensi terapeutik terhadap penyakit Alzheimer yang boleh menunjukkan simptom seperti gangguan ingatan yang teruk sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Kajian mendapati bahawa kurma mempunyai perlindungan terhadap keradangan dan oksidatif stres di otak yang boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer.
6. Bagus untuk tulang & gigi
- Nutrisinya yang tinggi kalsium, fosforus dan magnesium
- Gigi yang sihat, melindungi tulang dari osteoporosis, serta mampu menyokong fungsi sel di dalam badan.
Comments
Post a Comment